KISAH & FALSAFAH KAMI

Tentang SHE Clinic

Pusat kesihatan moden di mana wanita didengar, difahami, dan dibimbing oleh doktor berpengalaman.

Suasana Konsultasi SHE Clinic
TENTANG KAMI

Memahami Kesihatan Anda Dari Sudut Yang Berbeza

Kami menyediakan ruang privasi yang tenang untuk mendengar dan menyelami isu kesihatan anda. Daripada penstabilan hormon hingga sokongan kesuburan, biarkan doktor wanita kami merawat punca sebenar dari dalam supaya anda kembali selesa dengan tubuh sendiri.

  • Pemulihan Hormon & Kitaran Haid
  • Sokongan Penuh Ikhtiar Zuriat (TTC)
  • Bimbingan Selesa Fasa Perimenopause
  • Pengurusan Berat Badan Terkawal
  • Saringan Kesihatan Wanita Menyeluruh
  • Konsultasi Tertutup Bersama Doktor Wanita
Hubungi Kami
Konsultasi WhatsApp +60 17-466 0463
PENDEKATAN KLINIKAL KAMI

Merawat Anda Sebagai Wanita, Bukan Sekadar Pesakit

Tubuh anda sentiasa memberi petanda, dan kami di sini untuk mendengarnya. Kami menggabungkan sains perubatan moden dengan empati yang mendalam untuk merangka pelan rawatan yang benar-benar serasi dengan fasa hidup dan tubuh badan anda.

Fokus Rawatan Klinikal Kami

  • Penstabilan Profil Hormon Tubuh
  • Bimbingan Rapi Ikhtiar Zuriat (TTC)
  • Pengurusan Berat Badan Klinikal
  • Terapi Hormon Berstruktur (HRT/BHRT)
  • Kelegaan & Rawatan Khusus PCOS
  • Ujian Darah & Diagnostik Terperinci

Klinik Berdaftar KKM

Piawaian keselamatan tinggi

100% Privasi Terpelihara

Bilik konsultasi eksklusif

Bilik Rawatan Selesa SHE Clinic
EKSPLORASI RAWATAN

Sokongan Kesihatan Yang Memahami Setiap Fasa Kehidupan Wanita

Tubuh wanita melalui pelbagai perubahan unik. Terokai pelan penjagaan yang direka khusus untuk menyokong kestabilan hormon, emosi, dan kesihatan anda dari dalam.

Kembalikan Ketenangan & Keseimbangan Di Fasa Kematangan

Perubahan hormon tidak sepatutnya merampas keselesaan harian anda. Bersama doktor kami, mari harungi fasa peralihan ini dengan tenang agar anda kembali bertenaga dan kekal selesa.

  • Penilaian Profil Hormon Menyeluruh
  • Redakan 'Hot Flushes' & Emosi Terganggu
  • Terapi Pemulihan & Nutrisi Fungsional
  • Kembalikan Kualiti Tidur Yang Nyenyak
Ketahui Lebih Lanjut
Rawatan Perimenopaus SHE Clinic

Sokongan Penuh Untuk Perjalanan Ikhtiar Zuriat (TTC) Anda

Kami menyediakan ruang privasi yang selamat untuk mendengar luahan anda, sambil merangka pelan kesuburan secara teliti tanpa membiarkan anda berasa keseorangan.

  • Saringan Kesuburan Menyeluruh
  • Bimbingan Kitaran Ovulasi Yang Tepat
  • Rawatan & Sokongan Khas Untuk PCOS
  • Persediaan Nutrisi Pra-Kehamilan
Ketahui Lebih Lanjut
TTC Rawatan

Capai Berat Ideal Dengan Memahami Keperluan Tubuh Anda

Sukar menurunkan berat walaupun sudah menjaga makan? Mari kita cari punca sebenar dari dalam, supaya anda boleh capai bentuk badan yang sihat tanpa perlu menyeksa diri.

  • Kenal Pasti Punca Hormon & Metabolisme
  • Pelan Penurunan Berat Yang Selamat & Selesa
  • Bimbingan Pemakanan Tanpa Diet Melampau
  • Kembalikan Tenaga & Kecergasan Harian
Ketahui Lebih Lanjut
Medical Weight Management
Pasukan Perubatan SHE Clinic
VISI & NILAI TERAS

Komitmen Kami Terhadap Kesihatan Wanita

Kami beriltizam menjadi destinasi penjagaan kesihatan wanita yang dipercayai, menggabungkan perubatan saintifik dan sokongan emosi dalam ruang privasi yang mendamaikan.

Visi Kami

Menjadi peneraju utama dalam penjagaan kesihatan wanita, khususnya dalam bimbingan kesuburan (fertiliti) melalui pendekatan rawatan yang holistik dan menyeluruh.

Misi Kami

Menggabungkan penelitian perubatan terperinci dan inovasi rawatan terkini untuk merungkai dan merawat cabaran kesihatan kompleks dari akar.

Teras Falsafah S.H.E

S – Specialised (Khusus): Rawatan perubatan yang diteliti dan direka khas mengikut profil biologi unik setiap wanita.
H – Holistic (Menyeluruh): Pemulihan yang tidak sekadar merawat simptom, tetapi merangkumi kesejahteraan fizikal, hormon, dan emosi.
E – Empathy (Empati): Kami mendengar keluhan anda dengan penuh kefahaman, sokongan, dan tanpa sebarang prejudis.

PASUKAN PERUBATAN

Barisan Doktor Wanita SHE Clinic

Dibimbing oleh barisan doktor wanita bertauliah dengan dedikasi penuh terhadap kesejahteraan anda.

Doktor Hannani

Doktor Hannani

Pengarah SHE Clinic

Mengetuai hala tuju strategik, kualiti piawaian perkhidmatan rawatan wanita, serta memperkasa visi kesihatan holistik wanita di SHE Clinic.

Doktor Norliza

Doktor Norliza

Pengarah Klinikal

Menyelia protokol rawatan klinikal, pengurusan kesihatan hormon wanita, saringan kesuburan, dan program penjagaan fungsional pesakit.

Doktor Natasha

Doktor Natasha

Doktor Residen

Memberikan konsultasi harian, mengendalikan rawatan peribadi untuk pesakit TTC, pengurusan perimenopaus, dan bimbingan penurunan berat badan perubatan.

LANGKAH PERTAMA ANDA

Sedia Untuk Meraih Semula Keseimbangan Hormon Anda?

Temui doktor wanita kami di ruang rawatan eksklusif SHE Clinic Batu Pahat untuk sesi konsultasi terperinci.